Monday, 14 April 2014

Kepentingan 'Rest Day'

2014 hampir tiada marathon. Ataupun half marathon ataupun 10k. Itu rancangan awal. Aku perlu kumpul wang sebanyak mungkin dan menumpu kepada 2 anak selepas bulan 5, kelahiran anak kedua.

Walau bagaimapun, kesunyian menyebabkan aku mendaftar half bulan 6. Sundown di johor. Rumit kerana latih tubi dah hampir takda. Farm house dah hampir sebulan tak pergi.

Jadi aku dan Navin memulakan drill 5k minimum pada hari rabu. Blur juga membantu meningkatkan strength pada januari hingga mac di gim Perfect U.

Badminton sebagai latihan menyeru roh perjuangan, ahad dan jumaat. Basikal sekali seminggu jarak jauh. Renang, perbaiki latihan dan teknik rolling.

Jadi aku akan rehat sehari atau dua dalam seminggu. Berguling dengan Danish. Layan Danish main hanfon. Dan dia capture gambar bapanya sedang tidur. Wakaka.

Aku bukan pro. Atau semi pro. Jadi rehat amat penting kerana takut muscle overuse. Atau injury menerpa. Seksa.

Laktik asid yang terkumpul lama tanpa rehat juga menyebabkan ia tak mengalami reverse reaction dengan pantas dan menyebabkan muscle lesu dan cedera.

Dah lama tak jumpa 'fisioterapis' ku. Ah Boon. Kalau kena deep muscle massage mesti sedap kan. Semalam pada 11.35pm selepas badminton hard-session dengan kelab SSAJ aku sejukkan diri di bath tub setengah jam. Memang nikmat.

Moga Allah melindungiku dan keluarga dari injury serius. Inshallah.


P.s. elevate/ angkat kaki masa rest penting. Supaya recovery jadi lebih cepat.

No comments: