Friday, 27 August 2010

Kenaifan manusia



Manusia ini dilahirkan naif. Manusia tak kira bangsa, agama dan keturunan dilahirkan seperti kain-kain putih. Suci. Doktrin-doktrin dan fahaman kemudiannya di muat turun di kepala anak-anak ini menentukan siapa anak ini kemudiannya.

Manusia cepat belajar. Anak-anak ini mudah bertanya dan bertanya lagi untuk mengukuhkan persepsinya dari perspektif ibu bapa dan guru yang mengajar. Ajaran yang semberono dan membabi buta menyebabkan sang anak tadi mempunyai minda yang dangkal serta turut mempunyai perkembangan psikomotor yang tidak mencapai tahap optimum.


Guru-guru di sekolah, bermula di tadika hingga ke universiti memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju anak-anak ini. Anak-anak ini mengambil terus apa yang di ajar oleh guru tanpa banyak soal.Hasilnya, anak-anak dapat membedakan 99% perkara yang baik dan buruk di dunia ini.

Berikut adalah perbualan saya dengan anak-anak yang baru mencapai peringkat awal remaja:


Nizar: Lim, perbuatan mencuri itu bermoral atau tidak?
Lim: Tidak. Itu perbuatan keji.
Nizar: Katiravan, Apa berlaku jika kita gagal bertoleransi?
Katiravan: Dunia akan jadi kelam kabut. Semua pihak mahu menang.


Daripada perbualan di atas, jelas dan sahih anak-anak tadi membaca buku teks atau mendengar pengajaran dengan baik.Anak- anak jelas faham mesej-mesej baik yang hendak disampaikan ibu-bapa dan guru-guru.

Tetapi ilmu tanpa amalan ibarat pohon yang tak berbuah.

Baru-baru ini Pengetua SMK Bukit Selambau menghalang murid-murid berbangsa cina dan india makan di kantin sewaktu Ramadhan. Malah pelajar yang engkar dikehendaki pulang ke Negara China. Apa?! Ini jelas perbuatan yang tidak bertoleransi dan beliau telah menghantar mesej yang salah tentang erti perpaduan. Tidak ada pihak yang menang dalam toleransi kerana situasi adalah menang-menang dan kalah-kalah. Serentak.

Perbuatan media berbahasa cina menghangatkan lagi keadaan.Keadaan api-mengapi berlaku dan perasaan kalah wujud pada suatu pihak.

Akibatnya kita, manusia yang naif terikut-ikut pada api kemarahan. Harus diingat kata pujangga, Orang yang marah adalah orang yang kalah.Apa yang kita pelajari dulu di sekolah tentang moral, perpaduan dan toleransi berterbangan ditiup angin.

Sekali lagi manusia yang dikatakan berakal berbanding haiwan menjadi naif. Naif adalah kata simile bagi bodoh.

Sangat-sangat naif.


Nizar. 27 Ogos

No comments: