Appresiasi Sampah. Hujah Dangkal. Akal Buntu. Serabut. Panggilan Palsu. Diari Peribadi. Restricted Area. And you are not welcome here
Wednesday, 1 September 2010
Aku dan Bundle
Kedai Bundle adalah satu kedai yang unik Keunikannya kerana kedai ini berupaya menukarkan `sampah` kepada emas. Kedai ini didapati berkembang biak seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan.
Seperti mana yang kita ketahui, industri tekstil adalah industri yang sangat pesat di dunia. China adalah pemaju utama industri ini kerana buruh yang ramai. Negara-negara maju Eropah juga terlibat dengan pesat dalam industri ini. Bezanya, negara negara Asia adalah pengeluar, padahal negara-negara Eropah dan Amerika adalah pengguna utama barangan tekstil.
Anda perlu ketahui bahawa nilai pakaian sangat berbeza di benua yang berbeza. Jersi Manchester United umpamanya berharga RM 259 sehelai manakala jersi edisi pemain boleh mencecah RM400 sehelai. Ini belum lagi dikira dengan harga pakaian versi pereka ternama seperti Emporio Armani, Gianni Versace, Louis Vuitton dan pelbagai lagi.
Berapa lama seseorang yang berada di negara maju mengekalkan pakaian di almari-almari mereka? Setahun, Dua tahun? Sebulan? Enam Bulan? Akhirnya pakaian ini dijual atau disumbangkan di pusat-pusat pengumpulan pakaian. Terdapat juga pihak-pihak yang mengambil pakaian daripada acara-acara sukan. Garisan Permulaan Marathon ING di New York mendapati 2000 helai pakaian pemanas pelbagai jenama berkualiti di buang dan gagal dituntut semula.
Pakaian-pakaian ini kemudiannya di perolehi di Bunle-bundle Malaysia dengan harga di bawah paras USD5! bukan itu menguntungkan pengguna?
Walaubagaimanapun, kualiti pakaian di bundle bundle hanya boleh dinilai oleh pakar-pakar bundle kerana harga yang ditawarkan belum tentu sesuai dengan kualiti.
Terdapat juga yang tidak enak kita dengar tentang penggemar-penggemar bundle:
1. Pakaian yang dimiliki oleh saya hanya 15% adalah dari bundle. Tetapi yang saya geram ramai yang cakap pakaian Nike beratus ringgit yang di pakai saya adalah bundle.
2. Bercakap isu karma, ramai yang cakap pemakai barangan bundle akan mewarisi suey orang yang mula-mula memakainya dulu.
3. Nilai pakaian yang dibeli di butik-butik akan dipandang enteng penggemar bundle. Sebab diorang akan miliki pakaian yang sama setahun kemudian dengan harga tak sampai 5% harga asal.
Apapun hujah, pemilik bundle menyokong penjualan barangan tulen kerana isu copycat siam menjadi-jadi. Klon tetapi baru, dengan harga yang lebih rendah dari yang original. Ini bertentangan dengan akta hak cipta.
Hidup bundle.
Anti fake product!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment