Appresiasi Sampah. Hujah Dangkal. Akal Buntu. Serabut. Panggilan Palsu. Diari Peribadi. Restricted Area. And you are not welcome here
Friday, 27 August 2010
Revolusi Sukan
Pada pagi ini, aku termenung sejenak memikirkan tentang dinamik pertumbuhan manusia dunia. Pertambahan umat berlaku kerana sistem perubatan yang semakin baik. Pengurangan umat manusia berlaku disebabkan faktor peperangan, wabak dan kemalangan.
Terdapat satu faktor baru iaitu faktor pemakanan. Faktor ini dikatakan menjadi fenomena millenium baru. Pemakanan yang sukar dikawal adalah faktor perdana kematian yang berpunca dari pelbagai penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.
Aku termenung sekejap. Dalam bulan ini aku disogok dengan banyak cerita kematian rakan, rakan ayah, saudara, emak pakcik ipar dan ramai lagi. Faktor? Strok, Sakit Jantung, Kencing Manis Kronik dan macam macam lagi.
Cikgu Fadhil, guru kesayangan aku pun baru pergi kerana kencing manis. Al fatihah.
Malaya, negeri asia tenggara yang cukup-cukup kaya dengan makanan dan gula. Kekayaan ini diwarisi sejak tahun 60 an lagi apabila ramai rakyat bekerja membanting tulang diladang, sawah dan buruh.Kekayaan makanan ini terus diwarisi hingga kini walaupun pekerjaan rakyat sudah jadi mudah berbanding dulu. Rakyat Malaysia rata-rata terkenal dengan minda kelas ketiga hanya mahukan kerja yang selesa seperti negara-negara maju.
Ayam dan daging yang dulunya menjadi idaman rakyat dan hanya diperolehi sebulan sekali tika kenduri kini bersepah di mana-mana. Soalnya hanya wang, dan rata-rata rakyat Malaysia kini tiada masalah tentang hal pembelian makanan. Berbilion-bilion kalori di beli rakyat Malaysia saban hari.
Seperti mana Ayatollah Khemeini meneruskan Revolusi Iran yang mengubah rakyatnya, pagi ini aku terfikir jika Revolusi Sukan diwujudkan di Malaysia. Satu rakyat, Satu Sukan. Jika Iran dan China mengenakan hukuman penyeksaan terhadap rakyatnya yang engkar dalam melancarkan revolusi, Malaysia harus juga melaksanakannya. Tetapi Hubungan Seks patut di tolak sebagai satu sukan. Hehe.
Kadar pesakit di wad sakit jiwa dan hospital pasti menurun. Sakit berkaitan makanan lebih pasti tiada. Cheeseburger dapat dimakan tanpa bimbang arteri coronari tersumbat. Slimming center yang menipu pasti gulung tikar. Dr Rozmey pasti menjual Ferrarinya dan banglonya tergadai.
Pokok pangkalnya kita.
Nizar, 17 ramadhan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment