Terkesima aku dek keajaiban yang melanda. Aku dan Blur naik podium. Placing ke 5 dan 6. Syukur.
Acara larian adalah acara yang tak asing bagi kami. Nawaitunya mudah.. Cuma mengaktifkan diri dan cuba membuang lemak lebih. Namun macamana.. Sejak 2010 hingga 2014 tak pernah lagi kami menaiki mana-mana podium.. Lagi- lagi acara open.
High School Batu Pahat, alma materku memang ku ingat dan kusanjung. Tempat aku menuntut ilmu hingga aku meloloskan diri ke MRSM MUAR aku memang mengagumi sekolah ini sebagai sekolah aku meningkatkan daya tahan mentalku sebagai pelajar asrama. Apa yang aku pelajari luar kelas amat mendewasakanku hingga kini.
Sehinggalah terdapat taulan yang mengiklankan acara 100 tahun HSBP. Ada acara larian. Aku tak teragak untuk membawa pelajar menimba ilmu di sana dan menjebakkan diri dalam acara 5ķ. Nikmat juga sekali sekala perah tenaga dengan kelajuan tinggi.
Nah. Subra, cikgu HSBP yang merupakan elit triatlit dalam senarai. Melingkup ...kataku dalam hati. Entah kenapa hatiku berbara kerana kami pernah bertembung 3 kali. Pskpp johor 2012, jb 10k 2012 dan jb 10k 2013. Semuanya beliau no.1. Kecuali jb 10k 13 yang beliau dapat tempat ke 2. MAKNANYA.. BELIAU MEMANG ELIT BEB.
Hatiku bergetus. 'Kau boleh menang lagi.. Tapi bukan menang mudah'..
Dengan sedikit drill. Warm up.. Nah. Larian dimulakan dengan 35 lelaki pada starting line. Yang pasti 20 daripada mereka termasuk aku dan Blur mengharap sesuatu. Podium. Jika boleh.
Aku macam dah hilang ingatan apa yang berlaku. Yang aku sedar.. Starting line waktu tu aku pakai topi paku. Finishing pun sama. Yang aku tau aku 5th placing. Salam dengan Subra.. Beliau johan didepanku 6 minit. Celaka.
Takpalah. Ini kenangan manis buat ku dan blur yang memang tak prepare langsung.
Syukur. Kenangan opening event 2014 setelah DNS malacca skyhawk half marathon..
No comments:
Post a Comment