Ok. Hari ini wa nak kupas sikit pasal cycling. Acara kegemaran gua memang running. Sebelum wa berjinak dengan triathlon.. Acara kegemaran wa memang lari dan wa akan snub abis sesiapa yang pancing wa untuk beli basikal.
Teorinya mudah, kalau wa kayuh 33km.. Kalori wa terbakar 900kcal. Itu hanya menyamai wa hentak 10km punya larian. Kasut untuk larian rm 200 ke 400. Elite edition pun rm 600. Tapi basikal ... Untuk yang basic pun.. Grup set shimano Altus dah rm 1000 tanpa aksesori. Elite edition? Rm 22 000 pun ada.
Nampak tak permainan dia? Kuda belang betui. Basikal adalah sukan yang tidak kos effektif berbanding larian kalau ikut teori ekonomi.
Tapi nampak gaya wa terperangkap. Menyertai Nusajaya triathon sebagai debut triathlonku pada akhir 2013 memang tamparan padaku. Akhirnya wujudlah Cik Ida dalam keluargaku dengan kos sebelum diskaun rm 2000. Binawe. Grup set memang ranking terendah iaitu shimano Sora. Tayar Maxxis Detonator juga tayar perlumbaan asas.
Untuk pengetahuan semua.. Dura ace ranking 1, ultegra ranking 2 dan Sora ranking 3.
Nak dipendekkan cerita. Sejak akhir nov 13 hingga harini, 27 feb 14... Hanya 6 kali kayuhan panjang 30km ke 50km aku laksanakan. Bukan apa. Dengan budget tight dan faktor fobia aku yang memilih untuk menghadkan kayuhan. Budget tight kerana khuatir tayar botak.. Tiub pecah.. Dah kena ganti baru.. Kluang pulak cuma ada jual tiub fixie. Tiub rodbike yang saiz 700 memang tak ada dan kena beli di pekan nanas.
Awal januari bila aku diperkenalkan oleh syukri grup whatsapp Kluqng cyclist, minat kayuh datang menerpa. Dengan bantuan Cikgu Ali, aku kayuh beberapa kali 33km.
Grup KC ni memang mantap. Biskal karbon. Dura ace tu biasa. Yang tak pakai shimano tapi SRAM pun ada. Memang laju sebab diorang dah biasa.
Di sinilah nampak kelemahan Sora. Shifting yang tak manis menyebabkan aku kena tapau. Mungkin Cik Ida ok. Tapi aku yang tak biasa. Atau sememangnya kurang berlatih.
Rasa nak ganti Dura ace tapi. Opps. Matlamatku hanyalah menurunkan berat badan dan menjalani gaya hidup sihat. Jadi. Aku pendamkan hasrat dulu. Tak guna laju-laju dengan mudah. Biar latihan susah dan otot terbina. Itu sahaja. Itu falsafahku.
Dengan cat eye yang baru terinstall. Maka aku umumkan yang aku akan mndalami ilmu kelajuan tinggi yang konsisten.
Sekian coretan hari ini.
No comments:
Post a Comment