Saturday, 15 August 2009

Teringat kat Family

Aku first time taip blog dalam bahasa melayu sebab bahasa melayu adalah mother tongue aku. Mother tongue adalah lidah emak. Sebab aku teringat kat emak aku.

Adui. Macamana gua boleh teringat kat keluarga ni.. gua dah lama tak balik ni.. adoi.. Ada beli buku baru, tajuk adalah Memoir Seorang Perajurit, beli di Kluang Mall. Bila dalam buku tulis kesusahan masa membesar, gua teringat kat mak bapak gua.

Gua memang survival, boleh hidup kat mana-mana celah dunia, tapi kesurvivalan aku bapak aku yang ajar. Gua call jap bapak gua, dia tgh demam. Adui. Penat sangat kerja agaknya.

Aku memang pening kepala bila ingat keluarga. Membesarkan aku bukan mudah. Masa aku kecik selalu sakit. Aku ada athma. Bila besar duduk asrama baru hilang. Tu pun dalam setahun setengah, mesti sekali aku pakai nebulizer.

Aku jenis yang kerja keras, bukan genius, malam-malam bapak aku yang teman aku belajar, teman dengan rotan. agak-agak aku dah teruk kena belasah, baru mak aku relakskan bapak aku. Selagi jiran aku tak dengar aku kena belasah, selagi tu la aku kena.

Daripada tu aku jadi orang.

Bapak aku bagi motto supaya aku berjaya. TCC katanya. TCC adalah teliti, cermat dan cekap. 12 tahun aku dah belajar falsafah.

Mula-mula terikat dengan kerajaan, aku buat loan, bagi mak aku 10 ribu terus. Sekejap dah abis. Aku orang paling bising. Bulan2 mau-mau 400 lagi aku bagi kat emak.

2 bulan lepas, mak pinjam lagi 5 ribu. Mak janji nak pulangkan sebelum aku kahwin. Aku bising sebab sekarang tak pulang lagi.

Bukan mak aku boros, tapi nak idupkan 2 adik aku kat universiti dan sorang lagi nak SPM, dengan Rumah bernilai 300 ribu tak habis bayar lagi.

Aku pening. Tapi lepas sembahyang aku pikir-pikir, kalau mak ayah aku mati esok, 15 ribu aku bagi tu cukupke nak bayar jasa diorang? Tak cukup jawapannya.

Aku macam insaf. Dalam keluarga, aku yang paling banyak lawan cakap mak ayah. Dari kecik.

Kawan-kawan sekolah menengah ada cakap aku anak derhaka sebab tengok gaya aku berbual ngan mak. Aku memang tak patut.

Nak buat macamana, mak ayah aku didik kearah kesempurnaan. Ada yang tak kena aku bising la.

Aku tak dapat lupa waktu aku demam masa rumah di kampung hj ghaffar. Aku kena athma. Bayang pukul 3 pagi, aku tido, bapak aku tido kat sebelah. bila aku batuk, ayah aku bangun, suruh buang kahak. aku agak-agak ada 300 kali aku batuk malam tu. takk ke 300 kali bapak aku terbangun?

Kat Taman Seri Aman, gua main rambo-rambo. Tapi, bila kena gigit anjing sampai kena 3 jahitan. Cikgu Ateh antar aku ke klinik hari tu. Bapak aku tahu, dia langgar terus agak-agak 8 ekor anjing kat taman tu pakai proton wira dia. Baru sekarang aku rasa bapak aku protektif banget.

Tapi apa aku balas? Masa tingkatan dua, ayah antar aku pakai honda cup pergi asrama, tapi aku suruh paeking jauh-jauh, sebab aku malu. bapak kawan-kawan aku kat high school batu pahat semua antar pakai BMW dan Mercedes.

Aku tengok Lan, Ibrahim, Din besarkan anak, susah, aku terbayang kat mak-ayah. Besar jasa diorang. Aku rasa terhutang.. makin-hari aku lalui hidup ni makin banyak aku rasa terhutang. Tasya, anak Lan aku rasa dengan sakit dia, aku rasa macam aku kecik-kecik.

Susah jadi anak sulung rupanya. Sebab aku rasa aku yang paling banyak pedajal mak ayah aku masa kecik berbanding adik adik yang lain..

Vosotros.. ne me quette pas

1 comment:

QuE^9^ said...

Best gift to parents is make them happy, not money only... ^^