Sunday, 7 August 2011

My money damage for sport!!


Sukan yang paling mudah dan murah adalah larian. Perlukan kasut, track sut and .. go. Kalau ikut teori memanglah betul sangat. Kasut Butterfly baru RM10. Dapat peluh dalam 20 minit, balik. Kalau nak pilih bola sepak, but biasa-biasa dah RM80. Ada jenama sikit RM 130 ke atas. Mountain bike lagi punoh. Basikal paling cokia RM 450. Pakai seminggu sekali  tu pun kalau aktif. Badminton pun jahanam. Raket kualiti sikit RM 150. Kasut badminton RM 100 paling cokia. Tak masuk aksesori lain.

Aku boleh cerita sebab semua aku main. Bola, futsal, badminton, berenang, basketball dan lari. Damage tak tau nak cakap.

Jadi nak pendek cerita aku pun jumplah dalam bidang larian. Suka-suka cari peluh. Suka-suka niat nak turunkan berat. Sejak mula bertugas, 2007, aku penggemar cari peralatan sukan sebab selain lari aku ni multisportsperson.
Jadi, Aku nak kelaskan damage yang aku lalui dari 2007 sampai 2011. Untuk pengetahuan bagi siapa2 yang nak jebakkan diri dalam sukan. Kelas-kelas damagenya adalah kasut, baju, seluar, short, sweater dan aksesori-aksesori.

Ceritera Kasut

Badminton- Nike court RM 160... dah ko. Jangka usia setahun setengah, grip out. Total Damage= RM 160
Futsal- Nike tiempo RM 100 kat mudah.my.. KO 4 bulan. Adidas Predator RM 160 tapak habis. Wariskan kat blur dah 3 tahun usia dia. Adidas F5.. sejibik macam Lionel Messi. RM160.. baru jaringkan 6 gol. Kena rembat kat reble futsal. Usia 2 minggu je rasa. Sekarang, nike tiempo RM140. Dah 2 tahun usia. Total Damage= RM 560

Berenang- Goggle- RM 15 dah jahanam. Beli lagi satu sampai sekarang ok. Swimming trunk cap ayam RM 40. Adadua helai sampai sekarang. Total Damage= RM70

- Ada dua club. Lama dah tak guna RM 50. Barang ori singapore. Total Damage= RM 50

Bola- Banyak siut. Masa kat kuantan, Adidas predator, RM255. Pastu cuba Adidas Predator Beckham first grade tapi mamat mudah tolak RM150. 6 bulan jahanam. Nike mercurial hitam first grade second hand RM200. 4 bulan out. Pastu Nike mercurial vapor RM200. Jarang pakai. Tak sedap. Pastu ASICS beli dgn haslan RM350. Kena gondol sebelah dengan anjing. Sial.  Sekarang nike CTR leather RM250. Tips; nak elak jahanam, but basah alas suratkhabar kat dalam keringkan. Jangan jemur kat matahri lama-lama. Kulit jadi jahanam. Total Damage= RM 1400

Running- macam macam hal. Mula-mula Nike Cortez. RM 250 tahan 3 tahun. Masa yang sama ada Nike Downshifter. Banyak jasa pada aku sebab permulaan kepada perjalanan aku yang jauh. RM 160 tapi tapak dah tertanggal. Ingat nak restore lagi. Lepas tu Nike Airmax. RM 250. Tapi kurang puashati. Nike Free RM 360 kemudiannya aku beli untuk trail run. Tapak senang wear-out. Lepastu New Balance 769, Rm 360. Puas hati. Banyak marathon dalam resume kasut ni.  Lepas tu Adizero Breeze ( Adidas) harga Asal RM 360.. dapat diskaun RM 130 tinggal. Rupanya untuk 10 kilometer race kebawah. Aku bedal  40 kilometer seminggu waktu tu dengan berat 85kilo. Sucks. Tak dapat ke Penang Marathon. Pakai NB balik. Pastu Beli Asics Kanbarra 3. RM 150. Dari USA. Seller orang cina KL salah saiz. Lari marathon pakai asics memang puas hati. Pastu Asics Patriot RM 160 untuk training, sekarang merangkap kasut gym dengan badminton aku. Terkini Asics GT 2160. RM 350. Harga asal RM 550. Fuh . Banyak.. Total damage = RM 2160.

Ok. Ni damage aku dari 2007 sampai sekarang, Ogos 2011.
Rumusan Kasut:
1.       1..Kasut futsal yang ada jahit kat depan tahan. Cari yang ada feature tu.
2.      2.. Adidas dan nike adalah kasut untuk gaya. Kalau tiap2 hari pakai, 3 bulan boleh jahanam. Biasanya masalah tapak.
3.    3..   Cari asics. Gaya kurang, lebih originaliti dan prestasi. Tahan tapi harga mau tahan bayar la.
4.     4..  KasutPower by Bata  termurah, tapi prestasi haruslah sesuai dengan harga dibayar!
5.     5..  Kasut yang sesuai untuk semua tak wujud lagi setakat ni. Tapi boleh cuba beli kasut futsal kalau nak buat multi sport. Lari 3km ok. 10 km, 21km, boleh terbakar kaki woo!

Damage yang lain akan dicerita kemudian.


No comments: