Appresiasi Sampah. Hujah Dangkal. Akal Buntu. Serabut. Panggilan Palsu. Diari Peribadi. Restricted Area. And you are not welcome here
Monday, 6 June 2011
2011
Selamat datang 2011.
Selamat tinggal 2010, 2009, 2008, 2007
Yang lalu dijadikan tauladan, yang baru diletakkan harapan.
2006 tahun aku dibebaskan dari universiti. Mengorak langkah sebagai pendidik flamboyant yang dilahirkan MPSI. Menjadi guru pelatih di SMK Air Putih Kuantan. Pada waktu itu aku menggunakan kaedah mastery - marchiavellian yang memfokuskan total energy teaching. Keluar kelas mesti flat. P n P 100%. Hidup mati aku hanya dalam silibus.
2007 adalah pivot point dalam survivaliti dan kekuatan dalam hidup. Menyewa di rumah sewa di Bukit Rangin Kuantan, aku mula menjaja teknikal dan kepakaran dalam bidang tuition. Ada sahaja tugas yang dibuat dalam sehari kadang-kadang sampai 12 malam bekerja. Sambil menyewa, ada tempat tinggal lain yang berupa bilik rumah kedai di Jalan Beserah untuk memudahkan tugas tuition. Pelajar-pelajar yang tak dapat dilupakan adalah Adam, Shatia dan Umaha. Selain itu Sharmini , anak didikku yang memperoleh 1A dalam SPM dalam Kimia dalam ingatan.
Dihantar ke Sekolah Tinggi Kluang pada 1 November. Bersyukur dapat menjadi warden seperti yang diimpikan sewaktu pelajar dulu. Tapi tinggal sementara di rumah atuk Mike dengan Ikhwan Hosni, lagenda yang banyak membantu. Kekangan kewangan menyebabkan terpaksa pulang ke Kuantan pada Disember untuk bekerja part time tuition semula. Alhamdulilllah bulan tu dapat RM 1800 lebih kurang untuk tampung hidup. Sara hidup makan minum, dapat bawak balik RM800 untuk hidup Januari. Mujur Gaji masuk awal.
2008- Memulakan hidup sebagai pendidik dan warden. Perit. Sebab kerja ikut buku. Punch pukul 7.00 pagi tapi tidur pukul 3.00am. Dapat mengajar subjek kegemaran tapi ajaibnya form 4 dan form 6. Jadi kena study! Kekangan hidup warden kacuk dengan cikgu yang kena belajar sudah tentu memerlukan endurance mental dan fizikal. Datang-datang dengan reputasi asrama yang cukup rendah, disiplin mahupun akademik. Atlet atlet pula main main-main. Akhirnya asrama hancur. Jejak je kaki di asrama, reformasi telah dilakukan dengan pengorbanan besar. Ketegasan mengatasi friendly. Gap diwujudkan antara pelajar dan guru supaya pelajar lebih fokus terhadap akademik dan warden tak diperkotak-katik. Sadis apabila dirujuk ke balai polis dua kali dalam proses pembentukan disiplin ini. Tahun ini juga telah melakukan Kajian Tindakan kimia tapi di reject mentah2 oleh PPD.
2009- Memulakan gaya hidup sebagai ahli sukan. Menyertai marathon kecil kecilan. Blur sebagai rakan training. Memulakan kajian tindakan KAEDAH SEGITIGA NIZAR. Johan Daerah 2009 dan tempat ke 5 negeri dari 20 wakil negeri.
2010- Fokus pada Marathon. Feb- Disember sibuk bersukan, Bernikah dengan Hurun Ain Yatimin pada 28 Mei 2010, sahabat sejak umur 14 tahun. rasa macam annivesary tiAp2 hari sekarang ni.
Azam 2011- Buat terbaik dalam semua lapangan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
baru aku tau adam tu pernah masuk raja lawak..haha..ntah2 ko idola lawak die kot..haha...
ye ke mana ko tau
Post a Comment