Thursday, 11 September 2014

Cuti sekolah. Bermulanya eksperimentasi endurance.

Tanpa disedari.. inilah eksperimen terpanjang yang aku akan laksanakan terhadap endurability diriku. #3 days back-to-back running#.

Aku pernah melaksanakan kerja gila ini bersama ksr sewaktu putrajaya nite marathon 2013. Pada waktu itu. 2 larian dilaksanakan dalam tak sampai 12jam.

Full marathon. 43km. 6 jam 30 min.
Adidas kotr. 10km. 2 jam 05 min.

Kotr tu jalan sahaja. Bersama blur dan acong.

Itu lebih pada menyiksa diri.

Tapi kali ini berbeza. Aku akan bermula dengan warm up. Mengayuh 20km pada hari sabtu. Jam 3 ke KL.

Sampai KL. Aku ke putrajaya. Jangkaan sampai 9 pm. Tidur.

5 a.m terus bersedia untuk lari full marathon. Park marathon. 43km bersama adikku arol.

Tamat race recover 10 jam. Terus bersedia larian 10km putrajaya jam 8 malam.

Lepas race terus rest. Paginya ada larian bandar diraja. 10km.

Kemudiannya. Balik untuk jumpa anak isteri.

Telok Gorek kami datang, tunggu!

No comments: